Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Seni bunga perang daripada senjata, peluru

    Gambar AP

    DONETSK – Seorang tukang besi di bandar Donetsk, Ukraine Timur yang dikuasai Rusia, sedang mengubah pedang menjadi bajak dan sampah menjadi harta tak ternilai.

    Viktor Mikhalev menggunakan senjata dan peluru untuk menghasilkan apa yang digelarnya sebagai bunga perang.

    Mikhalev yang merupakan tukang kimpal terlatih, tinggal dan bekerja di rumah yang pagar dan pintunya dihiasi dengan bunga-bunga dan anggur yang ditempa.

    Di dalam bengkelnya, terdapat timbunan mesingan yang terbakar separuh dan peluru dari medan peperangan. Rakan dan kenalannya membawa bahan mentah tersebut untuk seninya.

    Donetsk, pusat industri Donbas di Ukraine telah dilanda pertempuran sejak pemberontakan pemisah yang disokong Moscow meletus pada April 2014, beberapa minggu selepas rampasan Crimea Ukraine oleh Rusia.

    Kremlin yang telah menawan seluruh kawasan sebagai matlamat utama pencerobohannya bermula setahun yang lalu, dan secara tidak sah menawan Donetsk dengan tiga kawasan lain di Ukraine timur dan selatan pada bulan September, menyatakan bahawa ia adalah sebahagian daripada Rusia.

    Pertempuran sengit berpusat di bandar Bakhmut di daerah Donetsk, dan bandar Donetsk sendiri juga sering kali diserang artileri.

    Bau besi dan cat memenuhi bengkel Mikhalev, yang juga dihiasi dari atas ke bawah dengan puluhan ikon agama. Seni buatannya dijadikan sebagai kenangan, cenderahati perang di Ukraine timur.

    “Bunga asli tidak akan bertahan lama, dan mawar saya akan menjadi kenangan selama-lamanya,” kata pengimpal itu.

    Beliau memulakan projek ini apabila seorang rakan membawa mesingan yang rosak. Sebulan kemudian, dia mempamerkan seninya di sebuah muzium di Donetsk.

    Sejak itu, dia sentiasa membuat apa yang digelarnya ‘bunga perang.’ Selain itu, dia juga membina bekas pen daripada bahagian pelancar grenad dan kartrij peluru. – AP

    ATAS & BAWAH: Viktor Mikhalev menunjukkan bunga mawar yang diubah daripada senjata menjadi bunga perang di bengkel rumahnya di Donetsk, timur Ukraine. Jurukimpal itu membengkokkan besi daripada senjata menjadi seni bunga perang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...