Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seni grafiti mencantikkan lagi jalan-jalan di Amman, Jordan

    AMMAN – Seorang pelajar dari Universiti Dreadlocked, Suhaib Attar memegang sebotol spray dan berazam untuk terus bekerja di sebuah sudut yang suram di sebuah jalan di ibu kota Jordan dan sehingga ke hari ini, jalan tersebut sudah dipenuhi dengan pelbagai reka bentuk kanvas mural grafiti yang menarik dan menakjubkan.

    Suhaib selaku ketua dalam gerakan artis grafiti dan berusia 25 tahun itu berusaha untuk membawa satu misi untuk mencurahkan idea dan wajah di seluruh jalan-jalan di Amman yang mana bertujuan untuk membawa lebih banyak warna terhadap jalan-jalan berkenaan sekali gus menghidupkan lagi suasana di kawasan tersebut.

    “Sebenarnya, bandar kami ini cantik namun masih perlu dicerahkan,” kata Suhaib lagi kepada wartawan AFP.

    Matlamat utama gerakan artis seni ini adalah untuk mengubah dinding-dinding besar konkrit membosankan menjadi sebuah lukisan ekspresif yang penuh dengan gaya sebuah kehidupan.

    Dinding-dinding besar ini dibina di kesemua kawasan berbukit di ibu kota Jordan dan Amman merupakan rumah kepada sebuah komuniti grafiti kecil untuk beberapa tahun lamanya.

    Suhaib selaku ketua gerakan artis grafiti dan berusia 25 tahun itu berusaha untuk membawa satu misi untuk mencurahkan idea dan wajah di seluruh jalan-jalan di Amman. – AFP
    Suha berkata semasa dia berjalan di sekitar Amman, dia cuba menggunakan kemahirannya untuk menghidupkan kembali banyak dinding di kawasan itu dengan satu paparan yang bukan biasa. – AFP
    Lakaran grafiti mendapat satu ledakan yang hebat di Jordan malah lakaran ini semakin menarik banyak kekaguman dari beberapa penduduk tempatan dan juga para pelawat. – AFP

    Sebagai pengganti papan iklan

    Berkemungkinan besar sekitar 10 artis seni telah bekerja keras dalam memastikan misi tersebut berjaya dilaksanakan.

    Reka bentuk lakaran yang dihasilkan sangat menarik dan telah berupaya untuk memberikan nafas baru terhadap kawasan berkenaan terutamanya di Jabal Amman dan Jabal Al-Lweibdeh di mana kawasan ini dimonopoli oleh penduduk-penduduk asing.

    Terkenal sebagai sebuah masyarakat yang konservatif, para seniman grafiti sentiasa menerapkan etika konvensyen dalam memupuk ceruk-ceruk karya seni mereka.

    Namun seni bercorak begini sentiasa menghadapi batasan seperti beberapa bentuk ekspresi yang lain dan Suhaib berkata bahawa dia masih menjauhkan diri daripada isu-isu mengenai politik dan juga agama.

    “Saya sebenarnya cuba untuk menghindari topik yang mungkin mengejutkan sesetengah orang yang tidak memahami tentang seni ini,” kata Suhaib lagi kepada wartawan AFP.

    Isu diplomatik

    Manakala seorang lagi pelajar seni, Suha Sultan telah mengalami satu kecurigaan dan juga permusuhan yang mana kadang-kadang bersangkut paut dengan lakaran seninya.

    “Saya telah melukis sebuah potret besar seorang lelaki dan selepas itu, saya mula disoal oleh penduduk yang lalu lalang malah mereka juga cuba untuk memberikan saya ceramah tentang di sebalik apa yang saya lukis dan kebanyakan mereka adalah kaum lelaki,” kata Suha kepada media.

    “Mereka mempersoalkan tentang makna grafiti saya, menyedihkan,” tambah Suha lagi kepada media.

    Suha berkata bahawa semasa dia berjalan di sekitar Amman, dia cuba untuk menggunakan kemahirannya untuk menghidupkan kembali banyak dinding di kawasan itu dengan satu paparan yang bukan biasa.

    “Namun semua itu bukanlah satu perkara yang sangat mudah, kerana untuk melakukan satu hasil grafiti, apa yang kita perlukan adalah untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa perbandaran atau pemilik bangunan,” kata Suha lagi kepada media.

    “Kebanyakan masa kita selalunya berakhir dengan isu ditolak dan kadang-kadang kita menghadapi penolakan oleh ahli-ahli masyarakat,” kata seorang pencat, Wissam Shadid, bersetuju bahawa perlu ada ‘Garis Merah’ yang tidak boleh dilangkau oleh masyarakat yang penuh dengan tradisi dan budaya di mana penciptaan seni boleh menghadapi satu cabaran yang tinggi.

    Zon mega di Laut Merah

    “Kami melakukan lakaran berbentuk haiwan dan potret namun kami tidak menyentuh mengenai semua subjek yang berkaitan dengan moralitas,” kata beberapa orang artis jalanan. Namun semua itu tidak menjadikan satu perubahan yang ketara dan mengagumkan di sekitar ibu kota negara tersebut.

    “Sebelum ini hanya ada nama-nama kelab bola sepak, nombor telefon atau mesej dari orang muda kepada rakan-rakan mereka yang ditulis di dinding dan sekarang kami cuba menjadikan seni kami akan lebih popular dan terkenal,” kata Wissam lagi kepada media.

    Lakaran grafiti mendapat satu ledakan yang hebat di Jordan malah lakaran ini semakin menarik banyak kekaguman dari beberapa penduduk tempatan dan juga para pelawat.

    “Ia sebenarnya juga berfungsi sebagai penambah warna kepada kawasan bandar apatah lagi kebanyakan bangunan di kawasan ini kelihatan sama dan tidak berbeza,” kata Phoebe Carter, pengkritik dari Amerika Syarikat dan mempelajari Bahasa Arab di agensi kerajaan.

    Jordan Karim yang berusia 22 tahun bersetuju bahawa kerja-kerja seni itu memberikan satu keceriaan yang mana sangat diperlukan.

    “Apabila saya habis bekerja, saya akan berhenti dan melihat pemandangan ini, ia berupaya mengisi tenaga saya dengan unsur yang positif untuk sepanjang hari,” tambah Jordan mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda