Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Dalam usaha memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat keindahan seni penulisan kaligrafi Islam ini, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar, kelmarin menerima kunjungan daripada Imam Yahya Ma Yiping dari China.
Imam Yahya Ma Yiping, yang sudah tidak asing lagi dalam dunia kaligrafi Islam, telah mengadakan tunjuk cara penulisan khat di masjid berkenaan. Sebelum itu, beliau turut mengimamkan solat Isyak berjemaah di masjid tersebut.
Pada usia 10 tahun, Imam Yahya telah mula melibatkan diri dalam bidang bahasa Arab, yang seterusnya menimbulkan minat mendalam terhadap seni kaligrafi.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.