Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Seni Moda yang memasarkan gabungan enam fesyen jenama tempatan hari ini membuka studio baharu di Berakas.
Ruangan studio tersebut bukan saja menjual jenama fesyen tempatan malah dijadikan tempat untuk melakukan kerja-kerja mereka dan menjahit.
Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif selaku Pengurus Besar UPSYKL, Nabilah Jeffery semasa majlis pelancaran Seni Moda dan seterusnya menambah, penubuhan Seni Moda ini juga adalah menyokong inisiatif By Feed (Family Empowerment and Economic Development).
“By Feed ini bertujuan untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk diberikan latihan kemahiran,” tambahnya.
Beliau seterusnya menjelaskan, 20 peratus hasil jualan di Seni Moda ini akan disumbangkan kepada inisiatif By Feed untuk melaksanakan dan memberi latihan kepada keluarga susah di negara ini.
Dengan adanya pengabungan dari enam jenama tempatan di bawah satu studio, ia diharap dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung.
