KATHMANDU – Kini, bukan hanya tukang tembikar mahir yang bekerja dengan roda putar tanah liat. Di seluruh Nepal, dari lorong warisan di Patan dan bengkel di Bhaktapur hingga ke pusat kreativiti Kathmandu, semakin ramai anak muda mula menceburi dunia tembikar sebagai satu bentuk ekspresi diri baharu.
Golongan muda kini mencari aktiviti yang lebih santai dan bersifat hands-on selepas waktu kerja atau sekolah. Menariknya, ramai daripada mereka bukan sekadar ingin menghasilkan mangkuk atau pasu; sebaliknya mereka mencari ke-seimbangan, ketenangan dan ruang untuk bernafas. Kajian menunjukkan bahawa mereka mungkin menemui lebih daripada sekadar hobi kreatif—kerja tembikar memberikan manfaat kesihatan mental yang mendalam.
EKSPRESI EMOSI DAN KELEGAAN PERASAAN
Salah satu kekuatan utama seni tembikar ialah kemampuannya menjadi satu bentuk ekspresi emosi tanpa kata. Ramai individu yang bergelut dengan kemurungan, kebimbangan atau trauma sukar meluahkan perasaan mereka secara lisan. Tembikar menawarkan alternatif: tangan menjadi medium komunikasi. Tindakan fizikal membentuk dan mengukir tanah liat menjadi saluran bagi perasaan yang selama ini terpendam.
Satu kajian dalam Journal of Affective Disorders mendapati terapi seni menggunakan tanah liat dapat mengurangkan simptom kemurungan secara signifikan dan membantu pengawalan emosi. Aktiviti ini melibatkan pelbagai proses psikologi, persepsi, emosi dan simbolik yang membolehkan individu melepaskan emosi secara kreatif dan selamat.
KESEDARAN KINI
Ramai daripada kita hari ini sukar untuk kekal fokus. Sebaliknya, tembikar menggalakkan kesedaran penuh melalui kekayaan deria. Tangan menjadi kotor, roda berputar perlahan dan gerakan tangan yang halus menuntut perhatian. Jika fikiran melayang, hasil tembikar boleh runtuh. Dalam erti kata lain, ia memaksa kita untuk fokus sepenuhnya menjadi sesuatu yang jarang ditawarkan oleh hobi lain.
“Tembikar membantu saya melupakan tekanan. Bila tangan saya menyentuh tanah liat, fikiran saya menjadi tenang. Saya fokus untuk membentuk dan mencipta, ianya terasa seperti rehat yang damai dari tekanan harian,” kata Aakriti Dhakal, pelajar BALLB berusia 23 tahun.
PENERIMAAN DIRI
Satu cabaran utama bagi pemula dalam seni tembikar ialah kegagalan tembikar, warna retak, tanah liat tidak menurut. Namun, seni itu mengajar satu perkara penting iaitu penerimaan. – ANN/The Kathmandu Post
