Seni tembikar hidup semula melalui media sosial

OURTZAGH – Hasil pertukangan tangan tembikar yang cantik telah dibuat oleh Mama Aicha yang sudah jarang berjual di Maghribi, namun terima kasih kepada media sosial, teknik purbanya telah menarik beberapa orang pelajar di seluruh dunia ke bukit kaki gunung Rif.

“Apabila saya mengetahui mengenai bengkel itu di laman Instagram, saya segera mendaftarnya kerana amalan itu semakin menghilang,” kata Mirna Banieh, seorang artis muda yang telah mengembara ke Maghribi dari Tebing Barat, bandar Ramallah.

“Mama Aicha sudah tua dan pengetahuannya mesti diwariskan,” tambahnya.

Empat pelajar Banieh duduk bersila di atas tikar, dengan tangan mereka dikotori tanah liat untuk belajar daripada pembuat tembikar yang berusia 82 tahun itu.

Mereka datang dari London dan Nairobi untuk pergi ke dusun terpencil di hujung laluan yang berbatu selama seminggu permulaan.

Misi utama mereka adalah untuk mempelajari cara membentuk tanah liat dengan menggunakan tangan, dikeringkan di bawah sinaran matahari, selepas itu dibakar dalam satu lubang yang terbuka besar dipenuhi dengan kayu dan dikilatkan menggunakan batu sebelum menghiasinya dengan pigmen asli.

Pembuat tembikar Houda Ournal dan ibunya Fatima Harama dari puak M’tioua mengguli tanah liat untuk membuat tembikar. – AFP

Seperti di mana-mana pergunungan Rif, pembuat tembikar wanita dari kaum Sless, salasilah keluarga Aicha Tabiz telah lenyap.

Seramai 90 orang pembuat tembikar dari kaum tersebut dalam tahun 1990an, kini hanya berbaki setengah dozen sahaja.

“Remaja sekarang tidak mahu tangan mereka kotor akibat tanah liat. Mereka hanya bercita-cita untuk menjadi pegawai dengan gaji tetap,” kata nenek itu, yang dikenali sebagai Mama Aicha itu.

Menurut beberapa orang pakar, pengetahuan purbakala ini sudah wujud pada zaman gangsa, yang mana ia telah lenyap sedikit demi sedikit kerana nilainya merosot di pasar.

“Ketika saya muda, semua menggunakan periuk dan mangkuk tanah liat untuk kehidupan seharian dan ibu saya telah menjualnya di pasar, tetapi, sekarang mereka lebih suka menggunakan plastik,” kata Mohamed Tabiz, 43 tahun, anak sulong Aicha.

Para penyelidik, pengumpul, peminat adalah di antara yang memberi amaran selama beberapa abad mengenai kehilangannya kraf tangan ini selepas diwariskan daripada generasi ke generasi.

“Kami mahu membina sebuah muzium di kampung ini, namun pihak berkuasa tempatan tidak berminat,” kata Tabiz.

Salah seorang ilmuan yang paling banyak menekankan mengenai kemerosotan tradisi ini ialah Rudiger Vossen, ahli antropologi Jerman, telah berulang alik di Maghribi pada tahun 1980 dan 1990 untuk mengkatalogkan teknik-teknik dan reka bentuk yang telah digunakan oleh setiap puak.

Para sukarelawan dari persatuan Terre des Femmes (Wanita Bumi) telah mengembara ke Rif selama beberapa tahun untuk mengumpulkan tembikar dari ladang-ladang terpencil dan menjualnya kepada para pelancong dari butik kecil sehingga ibu kota Rabat.

Namun yang paling terkenal semestinya pengarah artistik Dior, Maria Grazia Chiuri, warga Itali, yang baru sahaja menjadikan tembikar Rif satu perhatian dalam pertunjukan fesyen haute couture di Marrakesh.

Walau bagaimanapun terima kasih kepada Instagram kerana menjadikan hasil kerja Mama Aicha telah mendapat reputasi dunia sejagat.

“Ia sangat banyak digunakan oleh pembuat tembikar, setiap orang telah memuat naik gambar-gambar hasil kerja mereka dan berkongsi tips dan nasihat,” kata Kim West, 33 tahun dari Britain, peserta bengkel itu.

“Daripada promosi perbualan dunia sejagat, bengkel-bengkel itu telah diiklankan di laman sesawang persatuan baharu, Sumano, telah mencapai kejayaan yang mengejutkan.

“Kesemua tempat telah diisi hanya dalam masa dua hari selepas pendaftaran dibuka, kami ada senarai menunggu daripada peserta-peserta di seluruh dunia,” kata Martha Valdeon, 42 tahun, pengasas bersama Sumano dari Sepanyol.

Ditubuhkan pada tahun lepas, Sumano telah mempromosikan warisan puak Maghribi, pertukangan tangan wanita.

Dengan sekelip mata sahaja, Mama Aicha membimbing pelajar-pelajarnya dalam studio yang terletak di sebelah ladang keluarganya.

Kertas telah dilekatkan di dinding yang ditulis dengan beberapa perkataan dialek tempatan, istilah untuk tembikar dan alat-alat, frasa biasa digunakan seperti ‘bolehkah anda membantu saya?’ dan ‘apa pendapat anda tentang ini?’.

Pembuat tembikar yang mahir itu telah mengajar dengan cara gerak isyarat. Seperti majoriti wanita dari kawasan terpencil Maghribi, dia telah mendedikasikan hidupnya dalam bidangnya, ternakannya dan anak-anaknya.

Persatuan Sumano telah menempah beberapa buah tembikai, membeli hasil kerjanya dan menghantarnya ke Sepanyol dan menjualnya 20 kali ganda daripada harga tempatan di laman sesawang, dengan syarat membahagikan pendapatan itu secara tempatan jika perniagaan itu menguntungkan. – AFP