WUHAN, 20 JULAI – Di sebuah bengkel kecil di Wuhan, wilayah Hubei, unsur-unsur simbolik dan tradisional Cina seperti naga dan burung jenjang bukan sahaja dicat pada dinding rumah atau kain sutera tetapi ia menjadi turut dicat pada pada kasut.
Di sebalik ciptaan ini ialah Wang Qing, seorang pelajar pascasiswazah berusia 26 tahun di Sekolah Seni dan Reka Bentuk, Universiti Teknologi Wuhan.
Walaupun bidang pengajiannya reka bentuk landskap, Wang memilih jalan yang tidak dijangka dengan menyepadukan motif budaya Cina yang amat dihormati ke dalam pakaian jalanan kontemporari.
“Saya suka mendeklamasikan sajak Cina semasa saya kecil dan sangat terpesona dengan konsep seni yang dibawa oleh pantun,” katanya. Falsafah reka bentuk Wang berakar umbi dalam budaya Cina seperti lukisan dakwat, puisi purba, cerita rakyat dan tanda tempat bersejarah memang telah lama diminati olehnya.
Sehinggalah satu detik spontan pada tahun 2022 apabila dia memutuskan untuk membaiki kasutnya yang koyak dengan melukis corak kartun gaya Cina padanya.
Titik perubahan berlaku semasa perjumpaan Tahun Baharu Cina pada tahun yang sama apabila Wang berhubung semula dengan rakannya yang membuat barangan kraf tangan di Kunming, wilayah Yunnan. Minta mereka berdua dalam reka bentuk dan tradisi membawa kepada penubuhan syarikat Wuhan Yixin Creative Technology Sdn Bhd.
“Terdapat begitu banyak unsur budaya tradisional yang sangat baik, dan kami percaya bahawa apabila digunakan pada kasut, ia menjadi khazanah budaya yang berterusan,” jelas Wang.
Salah satu koleksinya yang paling popular diilhamkan oleh filem animasi White Snake, iaitu kisah penceritaan semula tentang legenda Cina klasik yang menampilkan seekor naga melingkar di sekeliling lambang kasut, bercantum dengan latar belakang gunung berkabus.

Selain cerita rakyat, karya Wang turut menggabungkan warisan serantau seperti siri Waking Lion yang memberi penghormatan kepada tradisi tarian singa di wilayah Fujian.

Tetapi bagi Wang, ianya bukan sekadar hiasan. “Ia tidak semudah sekadar menyalin simbol dan mencetaknya pada kasut,” katanya.
“Kami mempertimbangkan corak kasut, strukturnya, dan cara setiap elemen untuk melengkapkan rekaan.”
Latar belakang akademiknya dalam seni bina landskap telah memberinya kelebihan yang unik apabila Wang percaya bahawa prinsip reka bentuk teras: struktur, perkadaran dan keharmonian boleh dipindah milik merentas disiplin.
“Apabila saya mereka bentuk halaman seluas 50 meter persegi, saya berfikir tentang susunan tumbuhan, corak turapan, ciri air. Semuanya mengenai komposisi,” katanya. “Kasut mungkin kanvas yang lebih kecil, tetapi logik reka bentuk adalah serupa.”
Untuk mengekalkan kualiti produk yang tinggi, Wang dan syarikatnya pergi ke pasaran bahan kasut yang utama di Houjie, Guangdong dan Quanzhou, Fujian, untuk mendapatkan bahan yang lebih baik menjadikan kasut mereka adalah 30 peratus lebih tahan calar daripada produk buatan tangan yang lain.
Untuk mengatasi masalah warna pudar, Wang berunding dengan penyelidik kedoktoran dalam sains bahan di universitinya untuk membangunkan formula pigmen yang mengekalkan ketepuan warna sambil meningkatkan ketahanan pemakaian yang lebih lama.
Syarikatnya juga menubuhkan pangkalan data reka bentuknya sendiri dan menggabungkan sistem pemadanan warna AI.
“Ini membolehkan kami menyelesaikan padanan warna dalam kira-kira 10 saat. Pereka bentuk kemudian boleh terus membina produk dengan menambah elemen dan seterusnya meningkatkan kecekapan menghasilkan reka bentuk,” kata Wang.
Walaupun beberapa jenama utama menyatakan minat untuk mengilangkan produk mereka secara besar-besaran, Wang menolak tawaran tersebut sekiranya melepaskan kawalan kreatif terhadap rekaannya.
“Kadang-kadang saya juga berdebat dengan rakan saya hanya untuk mencapai reka bentuk yang lebih baik,” katanya sambil ketawa.

Wang menjelaskan bahawa sokongan kerajaan telah memainkan peranan penting dalam membantu syarikatnya berkembang.
Melalui dana keusahawanan Hubei untuk pelajar universiti, syarikatnya memperoleh A$6,972 dalam pembiayaan awal. Kemudian, mereka menerima lebih banyak tambahan dana apabila menyertai pertandingan inovasi belia selain menjalinkan kerjasama dengan pelabur dan penasihat dasar.
Memandang ke hadapan, Wang berharap untuk melancarkan jenama fesyen dengan gaya Ciina sendiri, berkembang ke dalam pakaian, aksesori dan pasaran global.
“Kami mahu mencipta sesuatu yang benar-benar milik kami dan mencerminkan identiti kami. Impian kami adalah untuk menjadikan jenama China lebih terkenal dan boleh bersaing dengan jenama antarabangsa yang lain.” – ANN/China Daily