Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seni warna ‘sejukkan’ persekitaran

    VIENNA – Dilengkapi dengan termometer inframerah, artis Austria Jonas Griessler mengukur cuaca panas terik di halaman dalam sebuah bangunan di tengah-tengah Vienna.

    Disebabkan karya seni kolektifnya yang meliputi asfalt hitam dengan pelbagai warna terang, suhu tanah telah menurun daripada 31 darjah Celsius kepada 20 darjah Celsius.

    Inisiatif yang dilancarkan oleh muzium yang menunjukkan koleksi peribadi jutawan Austria, mendiang Heidi Horten, projek itu menggabungkan kreativiti, sains dan perancangan bandar ketika Eropah dibelenggu gelombang panas terkini.

    “Corak kebudak-budakan dan warna ceria mencerminkan nada lembut dan tidak konsisten masyarakat kita menangani isu berkaitan perubahan iklim,” beritahu Griessler, 25, seorang artis dengan kumpulan Holla Hoop, kepada AFP.

    Dengan gelombang haba yang lebih teruk, lebih lama dan lebih kerap berpunca secara langsung daripada perubahan iklim menurut saintis, bandar-bandar Eropah berusaha mengubah perancangan bandar mereka.

    Pemandangan udara menunjukkan orang ramai di perkarangan warna-warni di muzium Heidi Horten di Vienna. – AFP
    ‘Holla Hoop’ bergambar di laman muzium Heidi Horten. – AFP
    Anggota kumpulan artis ‘Holla Hoop’ Jonas Griessler (kiri) dan Prof. Hans-Peter duduk di atas lantai yang dicat berwarna-warni di perkarangan muzium Heidi Horten. – AFP
    Pemandangan menunjukkan muzium Heidi Horten yang dicat warna-warni untuk menangani cuaca panas melampau. – AFP
    Tanah dicat dengan warna cerah kelihatan di muzium Heidi Horten di Vienna. – AFP
    Kurator ‘Heidi Horten Collection,’ Veronique Abpurg bergambar di laman bercat muzium ‘Heidi Horten’ yang digambar oleh karya seni artis Erwin Wurm in Vienna, Austria. – AFP

    Ramai yang telah memilih lebih banyak tumbuh-tumbuhan hijau dan juga cat yang lebih lembut yang memantulkan sinaran matahari, serta berusaha mengelakkan bahan gelap, yang mengekalkan haba.

    “Kami mahu meningkatkan kualiti penginapan pelawat dan menggalakkan kesedaran,” kata kurator Veronique Abpurg, gembira kerana pelancong ‘tertarik dengan palet yang menarik secara visual ini.’

    Walaupun setiap permukaan berwarna mewakili satu tahun, masing-masing mengandungi titik-titik kecil. Setiap titik mewakili satu bilion tan pelepasan karbon dioksida (CO2), dan bilangan titik pada setiap permukaan adalah bersamaan dengan pelepasan di seluruh dunia pada tahun itu.

    Dengan cara ini, seseorang boleh menggambarkan peningkatan dalam pelepasan akibat aktiviti manusia antara tahun 1960 dan 2000.

    “Blok secara beransur-ansur akan penuh diisi,” ujar artis itu, yang mempunyai latar belakang dalam seni grafiti.

    “Ia bermula dengan sembilan titik, dan pada akhirnya, terdapat tiga kali ganda lagi,” katanya.

    “Ia adalah sebahagian daripada inisiatif untuk menyesuaikan diri dengan gelombang haba bandar,” kata Hans-Peter Hutter, pakar kesihatan alam sekitar di Universiti Perubatan Vienna, yang menyokong inisiatif itu.

    Suhu yang lebih rendah pada permukaan asfalt bermakna bangunan di sekeliling halaman kurang memerlukan penyejukan, sekali gus mengurangkan penggunaan penghawa dingin, kata Hutter.

    “Kita perlu berkomunikasi dengan lebih baik mengenai subjek (perubahan iklim) supaya orang ramai tidak berputus asa dan melihat langkah penyesuaian sebagai aktiviti yang menyeronokkan,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda