Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Senjata baharu perangi TB ditemui

    MANILA, 12 APRIL – Rawatan yang lebih pantas dan berkesan untuk tuberkulosis (TB) yang kalis ubat sedang dilancarkan di rantau Asia Pasifik, menambah harapan ‘era baharu’ dalam menangani penyakit berjangkit yang paling bahaya di dunia ini.

    Rantau itu mencatat kira-kira 10.6 juta kes TB baharu di seluruh dunia pada 2022, dan lebih separuh daripada 1.3 juta kematian, menurut angka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Sementara TB, atau jangkitan bakteria pada paru-paru itu boleh dirawat dengan antibiotik, namun lebih tiga peratus pesakit TB baharu tidak mempunyai ‘daya ketahanan terhadap ubat’ yang biasa diberikan.

    Baru-baru ini, rawatan untuk pesakit TB memerlukan suntikan yang menyakitkan setiap hari atau menelan banyak pil selama 18 bulan, manakala sesetengahnya mengalami kesan sampingan yang teruk seperti loya atau buta. Ramai pesakit menghentikan rawatan lebih awal, dengan mencatat kadar kejayaan rawatan 63 peratus atau lebih rendah.

    Kini, rawatan baharu yang dikenali sebagai BPaL gabungan antibiotik bedaquiline, pretomanid dan linezolid yang memerlukan kurang pil dan kesan sampingan telah dilancarkan di Asia-Pasifik, di mana ujian menunjukkan kadar penyembuhan lebih 90 peratus selepas enam bulan.

    Rawatan ini telah mendapat kelulusan daripada badan kawal selia di lebih 60 negara sejak 2019, menurut TB Alliance, syarikat bukan-keuntungan yang membangunkan BPaL.

    WHO telah mengemas kini garis panduan untuk membenarkan BPaL digunakan dengan atau tanpa antibiotik keempat yang dipanggil moxifloxacin pada 2022.

    TB Alliance menyatakan usaha merawat TB baharu telah berkurangan apabila tumpuan lebih diberikan pada vaksin koronavirus, namun berharap rawatan BPaL menjadi permulaan kepada era baharu bagi rawatan TB di mana ia akan menjadi lebih mudah malah lebih singkat, walaupun lebih banyak usaha perlu dilakukan. – AFP

    Seorang doktor dan rakan sekerjanya memeriksa filem X-ray pesakit tuberkulosis (TB) di Hospital Paru-paru Nasional di Hanoi, Vietnam pada 2 April lalu. Rawatan yang lebih cepat dan berkesan sedang dilancarkan, meningkatkan harapan baharu untuk rawatan TB. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...