Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Senjata Barat bakal tamatkan perjuangan Severodonetsk

    KYIV, UKRAINE, 9 JUN – Meriam jarak jauh Barat akan membolehkan Ukraine menewaskan semula tentera Rusia dan menawan Severodonetsk dalam masa beberapa hari, kata seorang pegawai wilayah Ukraine kelmarin.

    “Sebaik sahaja kami mempunyai artileri jarak jauh untuk dapat melakukan pertarungan dengan artileri Rusia, pasukan khas kami akan dapat membersihkan bandar dalam dua hingga tiga hari,” kata gabenor wilayah Lugansk, Sergiy Gaiday dalam satu temu bual yang diedarkan dalam saluran media sosial rasminya.

    Tentera Moscow kini menumpukan kuasa tembakan mereka di hab perindustrian yang penting secara strategik sebagai sebahagian daripada usaha bagi menawan sebahagian besar kawasan timur Ukraine.

    Manakala itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada lewat kelmarin telah menyifatkan pertempuran itu sebagai salah satu yang paling sukar sejak permulaan perang.

    Gaiday juga berkata kelmarin bahawa tentera Ukraine di bandar itu kekal bersemangat tinggi dan masih mahu bertahan di posisi mereka.

    AS dan Britain telah meng-umumkan bahawa mereka telah membantu Kyiv dengan bateri artileri ketepatan jarak jauh, mengingkari amaran daripada pemimpin Rusia, Vladimir Putin.

    Wilayah Lugansk kini secara lebih meluas berada di bawah serangan mortar, artileri dan roket yang berterusan, tambah presiden Ukraine. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...