Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Senjata hipersonik dilancar lagi

    MOSCOW, 20 MAC – Rusia berkata hari ini ia telah melancarkan lagi peluru berpandu hipersonik, Kinzhal terbaharunya di Ukraine, memusnahkan tapak simpanan bahan api di selatan negara itu.

    Kementerian pertahanan Rusia juga berkata ia membunuh lebih 100 anggota pasukan khas Ukraine dan “askar upahan asing” apabila ia menyasarkan pusat latihan di bandar Ovruch di utara Ukraine dengan peluru berpandu ber-asaskan laut.

    “Sistem peluru berpandu penerbangan Kinzhal dengan peluru berpandu balistik hipersonik memusnahkan tapak penyimpanan besar untuk bahan api dan pelincir angkatan tentera Ukraine berhampiran penempatan Kostyantynivka di wilayah Mykolaiv,” kata kementerian pertahanan. Kementerian berkata pangkalan itu telah digunakan untuk bekalan bahan api utama untuk kenderaan perisai Ukraine di selatan negara itu.

    Peluru berpandu hipersonik Kinzhal (Dagger) ditembak dari ruang udara di atas Crimea yang dikawal Rusia, kata kementerian itu, sambil menambah bahawa peluru berpandu jelajah Kalibr yang dilancarkan dari Laut Caspian juga menyasarkan depoh itu.

    Kelmarin, Rusia berkata ia telah menggunakan peluru berpandu hipersonik Kinzhal untuk memusnahkan peluru berpandu bawah tanah dan tapak penyimpanan peluru di barat Ukraine berhampiran sempadan dengan anggota NATO, Romania.

    Angkatan bersenjata Ukraine mengesahkan kepada AFP kelmarin bahawa depoh itu telah disasarkan tetapi berkata mereka “tiada maklumat mengenai jenis peluru berpandu.”

    Penganalisis Rusia berkata penggunaan peluru berpandu hipersonik, Kinzhal Jumaat lalu di Deliatyn, sebuah perkampungan di kaki pergunungan Carpathian, adalah penggunaan tempur pertama senjata sedemikian di dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...