Jika ada pihak menganggap permainan video melalaikan pelajar, pelakon Zahiril Adzim percaya hobi itu boleh mendatangkan manfaat jika dilakukan berhemah. Pelakon filem Kron itu berkata, remaja perlu bijak membahagikan masa antara bermain video dan menelaah pelajaran bagi mengelak diri leka atau ‘hanyut’ dengan kegiatan riadah itu. Berfikiran positif, Zahiril menambah, kebolehan bermain video jika dimanfaatkan