Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sentiasa istiqamah, hidupkan sunnah Rasulullah SAW

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Lebih 700 orang telah menghadiri Webinar Pendidikan Sirah Rasulullah SAW yang diadakan secara maya kelmarin, sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW dengan tema ‘Rasulullah Kekasih Allah, Kekasihku Dunia Akhirat.’

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), webinar berkenaan merupakan anjuran bersama Fakulti Usuluddin dan Pusat Pengajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah, KUPU SB.

    Dekan Fakulti Usuluddin, Dr Norashibah binti Haji Besar selaku pengerusi bersama dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, webinar berkenaan merupakan acara tahunan yang tujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan syariat dan syiar agama Islam, memahami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

    Di samping itu, untuk mendidik para peserta agar sentiasa istiqamah, berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Waljama’ah dan menghidupkan sunnah Baginda SAW. Majlis diteruskan dengan tayangan klip video mengenai Sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan oleh KUPU SB.

    Pada acara itu, ucaptama telah disampaikan oleh Raes KUPU SB, Dr Adanan bin Haji Basar yang menjelaskan mengenai nasab keturunan Rasulullah SAW dan menceritakan sejarah penggalian dan pembinaan telaga Zamzam.

    Dr Adanan semasa menyampaikan ucaptama pada webinar yang dianjurkan KUPU SB baru-baru ini. – Gambar serahan KUPU SB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda