KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima tabik hormat daripada anggota ABDB. Berangkat sama ke upacara tersebut ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Keamanan merupakan nikmat besar daripada Allah SWT yang dengannya membolehkan kita membangun dengan selesa dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah tonggak utama bagi keamanan.