Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Sentiasa pastikan saliran tak tersumbat

    Semasa penulisan ini dibuat, saya dapat saksikan longkang-longkang di sekitar kawasan Kampung Selayun sedang dibersihkan.

    Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam usaha tersebut. Inilah yang kami, sebagai rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam inginkan.

    Longkang-longkang yang bebas daripada sampah sarap, tumbuh-tumbuhan liar, pasir dan selut adalah penting untuk mengelakkan ia daripada tersumbat dan seterusnya dapat menyebabkan banjir kilat mudah berlaku terutamanya ketika musim tengkujuh.

    Oleh yang demikian, usaha bagi memastikan longkang-longkang tersebut sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik perlu diteruskan.

    Pada masa yang sama, saya ingin menyeru kepada semua pihak termasuk jiran tetangga supaya bersama membanting tulang memastikan longkang-longkang di hadapan rumah masing-masing supaya dapat dibersihkan atas inisiatif sendiri.

    Bayangkan jika setiap daripada kita bergotong-royong mengorek benda-benda asing di dalam longkang di hadapan rumah sendiri, Insya Allah dengan cara sedemikian pasti sedikit sebanyak dapat membantu memberikan impak yang besar secara keseluruhannya.

    Ahli Kariah Masjid

    Longkang yang bebas daripada sebarang kekotoran bukan sahaja bagus untuk alam sekitar, bahkan baik untuk kesihatan.
    – Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    Berita Berkaitan

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 21 NOV - Mashhor General...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Lebih 400 juta kanak-kanak terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV – Seramai 417 juta kanak-kanak di...

    PBB rai lima aktivis belia guna teknologi bagi tujuan perubahan positif

    GENEVA, 21 NOV - Lima aktivis muda dari seluruh...

    Terkini

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 21 NOV - Mashhor General...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Sidang media luar biasa PM Anwar di dapur pesawat

    KUALA LUMPUR, 21 NOV - Suasana sidang media kali...