Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sentimen perniagaan Malaysia meningkat

    KUALA LUMPUR, 8 Jan – Sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat Malaysia semakin meningkat pada suku pertama 2018 (Q1 2018), mencecah ke paras kemuncak baharu, dengan momentum pertumbuhan terus meningkat.

    Indeks Keyakinan Perniagaan (BOI) Malaysia oleh Dun & Bradstreet (D&B), penyedia maklumat perniagaan utama di dunia bagi mengukur keyakinan terhadap ekonomi itu yang disiarkan di sini, merupakan tinjauan ke-20 D&B.

    Tinjauan itu secara keseluruhannya menunjukkan BOI meningkat kepada 7.25 mata peratus pada suku pertama 2018 berbanding 5.52 mata peratus pada suku keempat 2017.

    Pada asas tahunan, D&B berkata BOI meningkat daripada 1.65 mata peratus pada suku pertama 2017 kepada 7.25 mata peratus pada suku pertama 2018.

    Tinjauan itu menunjukkan empat petunjuk peniagaan meningkat pada asas suku ke suku pada suku pertama 2018, manakala lima petunjuk meningkat berasaskan kadar tahunan. Katanya kedua-dua sektor perkhidmatan dan pengangkutan paling optimistik, dengan kesemua enam petunjuk dalam wilayah positif dan sektor pembinaan paling rendah, dengan hanya dua petunjuk dalam zon pengembangan bagi suku pertama 2018.

    Terdapat peningkatan ketara jumlah firma yang menjangkakan pelaburan meningkat daripada lapan peratus pada 2017 kepada 18 peratus pada 2018.

    “Sementara itu, sebahagian besar syarikat tempatan menjangkakan pelaburan menurun, susut daripada 21 peratus pada 2017 kepada 15 peratus pada 2018. “Majoriti firma tempatan menjangkakan pelaburan tidak berubah pada 67 peratus,” kata D&B.

    Berdasarkan tinjauan itu, syarikat mengenal pasti jentera dan peralatan merupakan bidang pelaburan paling penting untuk 2018 iaitu pada 40 peratus, diikuti Teknologi Maklumat (28 peratus) dan peningkatan kemahiran pekerja (12 peratus). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda