Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sentuhan klasik, gaya 60an

    MILAN – Kembali ke era nostalgia, reben dan apron, skirt sutera dan topi telah ditampilkan dalam koleksi terbaharu Prada. Miuccia Prada dan Raf Simons memulihkan unsur-unsur sejarah busana pakaian wanita dan membentuknya menjadi sesuatu yang ‘moden.’

    ‘Ia adalah sejarah bagi wanita,’ kata Prada kepada pemberita di belakang pentas semasa pratonton koleksi Musim Luruh/Sejuk 2024-25 baru-baru ini. Idea untuk mencipta semula barangan yang diperoleh dari dalam almari pakaian mampu ‘membebaskan mereka daripada sekatan,’ kata Prada, sekali gus memberikan makna baharu.

    Penampilannya kelihatan modular. Apron fabrik bulu, skirt lembut, dihiasi dengan reben atau tampal hias bunga – sentuhan halus yang tidak menunjukkan ciri-ciri maskulin.

    Gabungan skirt dipadankan dengan jaket yang disertakan dengan panel belakang sutera, atau set kembar dalam kombinasi warna terang, merah dan ungu, zaitun dan merah jambu.

    Gaun syif ditutup di bahagian hadapan dengan tab monokrom nipis yang berkibaran dengan setiap langkah. Elemen maskulin termasuk skirt yang dilipat di kelepet dan jaket dengan perkataan Varsity yang dihiasi dengan ‘P’ untuk atlet meningkat naik. Manakala gaun koktel pula menampilkan reben besar dan kolar berbulu.

    Model-model memperagakan fesyen terbaharu daripada koleksi Prada baru-baru ini. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    Pelet warna kebanyakannya neutral gelap, diselangi oleh topi berwarna-warni seperti ungu terung atau hijau firus menambah keceriaan ciptaan koleksinya. Manakala fabrik diberi sentuhan lembut baldu ibarat Sarang Lebah, ditutupi dengan bulu-bulu seperti gaya tahun 1960an.

    Sementara beg Prada Cleo mempunyai tali bahu yang lebar. Beg tersebut diikat pada pergelangan tangan dengan tali kulit.

    “Saya sentiasa memilih untuk bekerja dengan cebisan sejarah kerana bagi saya sejarah mengajar kami segala-galanya, dalam setiap bidang daripada politik kepada fesyen dan seni. Semuanya datang dari masa lampau kita,” kata Prada.

    Pertunjukan itu, katanya, dimaksudkan sebagai tanda ‘kebaikan,’ sesuatu yang diperlukan sebagai penawar kepada persaingan, ‘terutamanya pada masa sekarang.’

    “Fesyen juga mengenai kasih sayang,” tambah Simons.

    “Sayang terhadap keindahan, sayang terhadap sejarah.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda