Friday, May 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sentuhan kreatif ubah kawasan setinggan

    LANDSKAP sebuah kawasan setinggan di Kepulauan Jawa, Indonesia berubah wajah menjadi berwarna-warni selepas kesemua rumah di situ dicat dengan rona terang. Kampung Wonosari di Semarang, Jawa Tengah berubah menjadi ceria apabila setiap rumah dicat dengan tiga warna berbeza dan dilukis mural bagi menghasilkan rona pelangi nan indah.

    Keadaan itu turut mendorong pihak berkenaan menukar nama kampung tersebut kepada Kampung Pelangi. Sebanyak 300 juta rupiah dibelanjakan oleh pihak pentadbiran tempatan bagi memberi nafas baharu pada 232 buah rumah yang terletak di lereng bukit. Projek berkenaan hanya mengambil masa sebulan untuk disiapkan dan ia mula dibuka untuk kunjungan orang ramai pada akhir bulan April lalu.

    Kerja-kerja mengecat turut dilakukan oleh Datuk Bandar Semarang, Hendrar Prihadi dengan kerjasama penduduk kampung itu. Sebahagian besar tenaga kerja dan bahan-bahan disediakan oleh Persatuan Pembinaan Indonesia. Seorang pengunjung, Nihayatun Naqiyah berkata, dia sangat tertarik dengan rupa baharu kampung itu yang lebih ceria dan berwarna-warni. “Umum mengetahui kampung ini merupakan daerah setinggan yang tiada apa-apa dan suram. Kini, ia sungguh indah dengan rona pelangi dan lukisan menarik di setiap rumah. “Usaha ini perlu dipuji dan menjadi contoh terbaik untuk pembangunan di tempat-tempat lain,” katanya.

    Kampung Pelangi diilhamkan oleh seorang guru besar, Slamet Widodo, 54, yang mendapat inspirasi daripada projek di beberapa kampung kecil negara itu seperti Kampung Kali Code, Yogyakarta dan Kampung Tridi, Malang apabila ia dicat dengan sangat cantik. Kampung Kali Code merupakan kawasan setinggan bandar yang didiami oleh orang kurang bernasib baik dan kawasan itu bertukar indah hasil sentuhan kreatif mendiang Romo Mangunwijaya yang merupakan bekas arkitek.

    Anugerah

    Hasil inisiatif membangunkan seni bina kawasan yang terletak di tebing sungai Code itu telah mengangkat Mangunwijaya untuk menerima Anugerah Afa Khan. Penganugerahan itu mengiktiraf Kampung Kali Code sebagai seni bina yang berprestij dan bernilai tinggi.

    Kampung Pelangi diilhamkan oleh seorang guru besar, Slamet Widodo, yang mendapat inspirasi daripada projek di beberapa kampung kecil negara itu.
    Kampung Pelangi diilhamkan oleh seorang guru besar, Slamet Widodo, yang mendapat inspirasi daripada projek di beberapa kampung kecil negara itu.
    Ekoran transformasi yang dilakukan itu, kampung tersebut menjadi bualan orang ramai dan pelbagai imej dikongsi di laman sosial seperti Instagram dengan hashtag #kampungpelangi.
    Ekoran transformasi yang dilakukan itu, kampung tersebut menjadi bualan orang ramai dan pelbagai imej dikongsi di laman sosial seperti Instagram dengan hashtag #kampungpelangi.

    Pada tahun 1983, Mangunwijaya melancarkan pembangunan semula fizikal kawasan itu. Beliau turut membuat transformasi pemikiran komunitinya yang rata-rata mempunyai latar belakang sebagai pemungut barangan lusuh, pemandu beca dan buruh. Kampung Tridi di Malang atau dikenali sebagai Kampung Warna-warni Jodipan merupakan kawasan setinggan buruk yang terletak di tebing Daerah Aliran Sungai.

    Inspirasi

    Segalanya berubah apabila sekumpulan pelajar Universitas Muhammadiyah Malang dengan kerjasama sebuah syarikat cat telah menjalankan aktiviti khidmat sosial di situ.

    Kampung itu dipilih kerana mempunyai landskap yang cantik dan 107 buah rumah dicat dengan warna-warna ceria seperti hijau, kuning, merah jambu serta ungu. Di samping itu, kampung tersebut mempunyai lukisan tiga dimensi yang unik. Transformasi kampung berkenaan diinspirasikan daripada kampung setinggan di Rio de Janeiro, Brazil yang dicat dengan warna-warna indah.

    Slamet percaya pembaharuan di Kampung Pelangi akan memberi manfaat kepada masyarakat pada masa akan datang terutamanya memperkasakan ekonomi. “Projek ini juga dapat memupuk semangat kekitaan dalam kalangan penduduk apabila mereka bersama-sama membantu mengecat dan menjalankan kerja-kerja kreatif,” jelasnya.

    Tambah Slamet, dia berharap Kampung Pelangi akan menjadi kawasan terbesar di Indonesia yang menawarkan pemandangan indah berlatarbelakangkan warna-warna pelangi, sekali gus menjadi tarikan pelancongan baharu di Semarang. “Dahulu, kawasan setinggan ini usang dan hampir roboh. Pemilihan skim warna cat berjaya memberi peningkatan sosial di sini. “Beberapa projek pembangunan lain turut dirancang seperti kerja-kerja pembersihan sungai di kawasan sekitar,” katanya.

    Kampung Wonosari di Semarang, Jawa Tengah berubah menjadi ceria apabila setiap rumah dicat dengan tiga warna berbeza dan dilukis mural bagi menghasilkan rona pelangi nan indah.
    Kampung Wonosari di Semarang, Jawa Tengah berubah menjadi ceria apabila setiap rumah dicat dengan tiga warna berbeza dan dilukis mural bagi menghasilkan rona pelangi nan indah.

    Perkara itu diakui oleh penduduk kampung tersebut apabila kehidupan mereka bertambah baik sejak program pemulihan berkenaan. Bahkan, ia telah membuka peluang menjana pendapatan kepada penduduk tempatan menerusi penjualan cenderamata kepada pelancong. Ia menjadi projek sosial yang sangat penting bagi menggalakkan penduduk terlibat dalam meningkatkan pembangunan komuniti mereka.

    Seorang penduduk Kampung Pelangi, Amanah Suyitno berkata, jelas sekali keadaan itu telah mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. “Dahulu, kawasan ini dipandang sepi tetapi kini dikunjungi ramai pelancong. “Pada masa sama, ia memberi kesempatan kepada kaum wanita menambah pendapatan keluarga dengan menjual pelbagai barangan,” ujarnya.

    Ekoran transformasi yang dilakukan itu, kampung tersebut menjadi bualan orang ramai dan pelbagai imej dikongsi di laman sosial seperti Instagram dengan hashtag #kampungpelangi. Lantas membuatkannya dikenali di seluruh pelosok dunia dan menarik lebih ramai pengunjung untuk turut sama mengabadikan foto keindahan kampung itu yang seolah-olah berada dalam dunia dongeng.

    Bukan sahaja setiap rumah itu dicat berwarna-warni tetapi turut dihiasi lukisan menarik di dinding seperti berbentuk sayap malaikat, dinosaur, hati, belon dan bintik polka. Selain itu, turut kelihatan imej ikan jerung pada dinding yang dilukis secara tiga dimensi seolah-olah cuba menggigit kepala orang.

    Keunikan kampung itu turut menarik minat seorang pelajar dari Universiti Dinponegoro, Semarang untuk berkunjung ke situ. “Saya banyak melihat gambar yang dikongsikan di Instagram sehingga mengambil keputusan untuk datang ke sini bagi melihat sendiri keindahan Kampung Pelangi. “Hashtag #kampungpelangi telah dimuat naik lebih 3,000 dan ia sangat menakjubkan,” tuturnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/