Tuesday, December 3, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sentuhan Michele cetus evolusi Valentino

    PARIS – Alessandro Michele tidak sabar untuk menyaksikan penampilan sulung Minggu Fesyen Paris yang dilancarkan dalam suasana yang memberikan gambaran mengenai transformasi.

    Tangga dan lampu yang diselubungi selimut putih menggambarkan pengubahsuaian pentas pertunjukan, menandakan bukan sahaja perubahan, tetapi kebangkitan semula kegemilangan masa lalu.

    Pertunjukan itu puitis, tenang dan sempurna menetapkan pentas untuk tontonan sepenuhnya yang turut dihantui oleh sejarah dan diterangi oleh bakat unik Michele.

    Sementara itu, di bawah siling tinggi Ecole des Beaux Arts, yang menghadap ke Seine, pertunjukan fesyen siap pakai Sean McGirr untuk Alexander McQueen muncul di atas pentas.

    Peralihan dalam persekitaran di mana pada asalnya daripada gudang perindustrian yang suram di luar Paris kepada tempat ikonik mencerminkan permulaan baharu bagi McGirr dalam penampilan sulungnya yang tidak dijangka telah menyebabkan pengkritik menggigil, secara literal dan kiasan.

    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Para model memperagakan koleksi Valentino bagi Musim Bunga/Panas 2025 yang dipersembahkan di Paris. – AP
    Gambar AP

    Kini, dengan memanfaatkan lebih banyak masa untuk membuat persediaan, McGirr kelihatan lebih tenang, di mana menunjukkan dia menggunakan pendekatan yang lebih ringkas.

    PENAMPILAN SULUNG VALENTINO MICHELE

    Suasana diatur dengan muzik dan rentak gendang yang indah, mewujudkan suasana yang penuh dengan drama dan penantian.

    Michele, yang menjadi tajuk utama awal tahun ini selepas digelar sebagai pengarah kreatif baharu Valentino, berikutan kejayaannya di Gucci, membawa bersamanya banyak gaya yang dikenali.

    Namun terdapat evolusi tersendiri dalam pertunjukannya di mana ia kurang menonjol, tetapi masih eklektik.

    Topi dihiasi dengan lembaran bulu yang lembut di atasnya. Pakaian pula direka dengan lapisan halus.

    Bunga, topi, hiasan pada pakaian semuanya digabungkan menjadi busana pakaian eklektik yang membawa rasa vintaj.

    Michele, nampaknya, menguji ciri dan nilai kedua-dua jenama fesyen yang sangat dikenalinya, Gucci dan Valentino.

    Beberapa potongan pakaian itu sudah terbiasa dilihat oleh peminat terdahulu Valentino, di mana ia terdiri daripada gaun pinggang feminin, gaun bunga liut dengan skirt merah bertingkat Valentino yang ikonik telah menyerikan pertunjukan pentas tersebut.

    Namun Michele telah memberi sentuhan pada rekaan klasik itu di mana feather digantikan dengan fur yang menampilkan kelembutan dan kemodenan.

    Jared Leto adalah antara VIP yang duduk di barisan hadapan, bukti hasil seni berterusan Michele dalam kalangan elit Hollywood.

    Pereka fesyen, yang telah meningkat menerusi pengiktirafan antarabangsa dengan memasukkan Gucci dengan estetika Geek-Chic, nampaknya membawa etos yang sama kepada Valentino, walaupun ditapis melalui lensa couture yang lebih anggun.

    Sepanjang tempoh perkhidmatannya di Gucci, Michele telah diraikan kerana mengutamakan visi peribadinya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda