Saturday, October 12, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sentuhan Nova mampu beri saingan

    KUALA LUMPUR, 22 DIS – Bekas pemain beregu campuran skuad Malaysia, Goh Liu Ying optimis pengalaman luas dimiliki Nova Widianto yang dilantik sebagai jurulatih beregu campuran baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mampu melonjakkan prestasi para pemain Malaysia.

    Liu Ying, yang kini bergerak secara profesional, bagaimanapun berkata Nova perlu diberikan ruang secukupnya dalam membentuk beregu mantap yang mampu memberi tentangan sengit kepada pasangan handal dunia pada masa depan.

    “Kita mempunyai pemain yang bagus dalam kem beregu campuran Malaysia, namun saya ingin melihat strategi apa yang bakal digunakan oleh coach Nova dalam mencabar beregu utama dari negara lain.

    “Saya rasa pengalaman coach Nova yang membimbing beregu dari Indonesia sebelum ini boleh memberi manfaat kepada pemain kita malah, jika strateginya betul, Malaysia mungkin boleh lakar kejutan meraih pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 sekali gus ulangi pencapaian saya dan Chan Peng Soon di Rio 2016,” katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.

    Baru-baru ini, BAM dalam satu kenyataan memaklumkan, jurulatih dari Indonesia berusia 45 tahun itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun selaku pengendali beregu campuran dan akan melaporkan diri kepada Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky, bulan depan. – Bernama

    Liu Ying berkata pelantikan Nova mampu melonjakkan prestasi para pemain Malaysia. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda