Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sentuhan variasi gaya Zendaya

    WASHINGTON – Apabila memperkatakan tentang fesyen pakaian, Zendaya tidak takut untuk membuat sesuatu di luar jangkaan.

    Ini jelas terbukti menerusi penampilannya baru-baru ini menunjukkan bahawa aktres itu berada pada tahap yang berbeza ketika menghadiri acara baru-baru ini.

    Dia memandang serius pada media, dan kini dikenali sebagai salah seorang selebriti fesyen yang paling berani.

    Setiap pakaian yang ditonjolkannya pada tayangan filem perdana atau pertunjukan anugerah adalah popular – dan dia memilih reka bentuk berisiko yang mungkin akan menyebabkannya mudah tersilap dalam pilihannya.

    Pada tayangan perdana filem Dune 2 di London Februari lalu, Zendaya telah memakai sut robot.

    Gambar AFP
    Gambar Getty Images
    Gambar Belga
    Gambar John Angelillo UPI
    Gambar AFP
    Gambar AFP
    Gambar Fame Flynet

    Reka bentuk ciptaan vintaj Mugler itu mula diperkenalkan pada tahun 1995.

    Ia diperbuat daripada bahan perak yang disusun supaya kelihatan seperti perisai, dengan tambahan potongan hiasan PVC di seluruh bahagian, termasuk pada bahagian depan dada dan punggung.

    Media sosial telah menjadi taksub dengan penampilan itu, di mana ramai pengguna telah mengatakan bahawa fesyen tersebut mempunyai kelainan yang menjadikannya meraih reputasi yang tinggi untuk para selebriti bintang yang lain.

    Selebihnya pakaian Zendaya bagi filem Dune 2 untuk jelajah media adalah sama seperti avant-garde.

    Di bandar Mexico pada bulan yang sama, dia melangkah keluar dengan gaun yang direka semula dengan pelbagai warna oleh jenama Torisheju yang berpangkalan di London. Ia memberikan aura seorang puteri pahlawan, yang terdiri daripada bahagian atas crop halter berpintal di leher dan skirt maxi merah dan hitam dengan belahan yang berlebihan.

    Sementara itu, dia telah memilih reka bentuk Alaia berasal dari Paris. Reka bentuk itu digelar sebagai antara pakaian yang meraih gambar yang paling banyak.

    Ia mungkin juga yang paling sukar untuk dipakai. Sehelai pakaian itu dicipta dengan menggunakan fabrik bulu bercetak 3D dan mempunyai perincian untuk balutan pada bahagian atas.

    Walaupun Zendaya mempunyai banyak rintangan untuk cabaran jelajah media. Namun, semua pakaiannya untuk majlis tersebut masih mempunyai sentuhan yang istimewa.

    Di Rom bulan lalu, dia memakai pakaian tenis di mana ia merupakan sesuatu yang aneh.

    Gaun tenis perak berkilauan yang direka oleh Loewe dilengkapi dengan kasut yang dihiasi dengan bola tenis hijau neon menembusi tumit kasut tesebut.

    Manakala di Paris, dia memakai gaun mini berkotak yang cantik dalam corak kotak-kotak hijau-putih berkilat hasil rekaan Louis Vuitton.

    Ia merupakan koleksi 2013 rumah fesyen itu, dan oleh itu, dia mengekalkan rupa yang lebih vintaj dengan ikat rambut putih dan sepasang kasut bertumit rendah.

    Pada Oscar tahun ini, dia telah memakai gaun yang dilengkapi dengan sutera mawar antik.

    Ia kelihatan seperti logam cair menitis ke atas badannya.

    Walaupun ia kelihatan sangat sopan dan terkini, akan tetapi jika dipandang secara lebih dekat ia memperlihatkan hiasan yang rumit seperti paillettes gunmetal dan sulaman seperti yang terdapat pada bahagian pokok kelapa sawit.

    Semasa acara Met Gala, Zendaya kelihatan sangat menyerlah.

    Sebelumnya, dia pernah memakai bermacam-macam jenis fesyen pakaian termasuk pakaian Cinderella yang telah pudar warnanya.

    Tidak hairanlah Zendaya sentiasa menjadi bintang paling trending di media sosial setiap kali dia membuat penampilan di beberapa acara. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda