Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Senyuman Tamara dalam foto dikecam peminat

    Penularan foto pelakon, Tamara Tyasmara yang tersenyum ketika bergambar dengan beberapa kenalan selepas kematian anak lelakinya menjadi pertikaian dalam kalangan peminat.

    Tidak hanya tersenyum, Tamara dilihat tampil dengan jubah putih siap dengan solekan pada wajah seolah-olah tiada apa yang berlaku.

    Memetik kenyataan mStar, sahabat pelakon itu, Kiki Farrel bagaimanapun menjelaskan Tamara masih dalam keadaan sedih atas kehilangan anaknya iaitu Dante.

    Tamara tersenyum dalam foto berkenaan disebabkan mereka yang memaksanya kerana orang di sekeliling mahu menghiburkan hatinya yang sedang terluka ketika itu.

    “Kalau dilihat pada foto tular itu memang Tamara kelihatan rapi dengan bermekap dan ceria. Tetapi saya sendiri ada di sana dan saat saya melawatnya keadaan dia tidak seceria itu.

    “Kenapa foto itu nampak seperti Tamara ceria? Ya kerana kami (rakan-rakan) cuba untuk menghilangkan kesedihannya walaupun sudah tentu selepas kami pulang dia pasti akan sedih kembali,” katanya.

    Dalam pada itu, Kiki memberitahu foto tersebut sudah disunting menggunakan aplikasi oleh salah seorang rakan mereka.

    Tambah Kiki, keadaan diri Tamara semakin baik selepas tujuh hari kematian Dante dan pelakon berkenaan sudah mampu untuk merapikan diri dengan kemas. – Agensi

    Tamara didakwa tidak bersedih atas kematian anak. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda