SENYUMAN seseorang individu boleh dikatakan memiliki kuasanya yang tersendiri kerana tanpa melemparkannya ketika berselisih dengan seseorang yang difahami boleh dianggap sebagai sombong dan begitu juga bagi seseorang yang murah dengan senyuman pada setiap kali berjumpa dengan sesiapa walaupun tidak dikenali pula boleh dikatakan sebagai seorang yang peramah.
Secara dasarnya, dengan senyuman ia boleh mencairkan hati dan mewujudkan suasana yang lebih tenang dan terbuka. Jika dibandingkan dengan mendapat pakaian baru atau alat solekan, senyuman anda lebih kepada mengubah keadaannya.
Tidak mustahil, ada orang yang sanggup berlatih untuk tersenyum setiap hari. Ini untuk mengelakkan diri daripada dilabel sombong dan menjadi orang yang dikenali. Dengan senyuman, ia boleh menjadi senjata untuk kepercayaan diri. Beberapa manfaat di sebalik senyuman di bibir.
Pesona semula jadi
Senyuman adalah pesona semula jadi yang dimiliki oleh wanita. Inilah alasan paling seksi kerana wanita boleh membuatkan lelaki jatuh cinta.

Satu penelitian mengatakan lelaki lebih suka memilih gambar wanita yang berwajah semula jadi daripada gambar nampak lebih murung.
Justeru, lihatlah wajah di cermin dan latihlah diri untuk tersenyum. Lebih baik apabila senyuman tersebut dilakukan secara ikhlas dan bukannya secara dibuat-buat.
Solekan paling indah
Kata orang, senyum adalah alat solek terbaik bagi seorang wanita. Senyum boleh membuatkan wajah anda lebih cerah dan menyenangkan bagi sesiapa yang melihat, walaupun wajah anda tidak banyak menggunakan solekan.
Secara tidak langsung, senyuman akan membuatkan orang lain menjadi lebih mudah untuk mendekati anda.
Lebih muda
Senyuman memberikan kekuatan diri kepada anda. Selain itu, ia boleh membuatkan anda tampil kelihatan awet muda. Dengan kata lain, senyum boleh menyihatkan badan dan fikiran anda.
Badan lebih sihat
Seseorang yang sentiasa tersenyum mempunyai ketaha-nan badan yang lebih baik.
Keadaan ini akan mencegah anda daripada masalah tekanan darah tinggi, serangan jantung dan sistem penghadaman lebih sihat. Senyuman juga boleh menjadi ubat semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Bahagia seketika
Senyuman boleh membuatkan mood anda lebih baik dan bahagia. Ini kerana, ketika anda tersenyum, otak anda akan melepaskan hormon endorphin dan serotonin yang boleh membuatkan seseorang itu lebih bahagia.
Terpancar aura positif
Seseorang yang murah senyuman akan memancarkan aura yang lebih positif, lebih mudah percaya dan sukses.
Contohnya, jika anda sedang di temu duga, senyumanlah menjadi ubat ketegangan, sekali gus membuatkan anda kelihatan lebih berkeyakinan.
Orang lain turut bahagia
Saat anda membalas senyuman dari seseorang yang tidak anda kenali, pasti anda tertanya-tanya ‘siapakah yang memberi senyuman pada anda tadi? ‘ ini terbukti bahawa senyuman anda itu memberikan kebahagiaan kepada orang lain.
Masih belum bertemu jodoh/pasangan, usah risau mungkin senyuman yang ikhlas di bibir anda boleh membuatkan seseorang jatuh cinta dan mungkin juga itulah jodoh untuk anda.
Erti di sebalik senyuman
Senyuman boleh membawa kebahagiaan tetapi di sebalik senyuman mungkin ada seribu makna. Kenali senyuman dan makna di sebaliknya.
Senyum lebar
Boleh dikatakan tertawa sehingga bibir melebar menampakkan gigi. Senyuman ini mengekspresikan kepercayaan diri, dan tenaga positif. Ia juga menandakan keramahan untuk berteman. Kadang-kadang senyuman ini adalah untuk menutupi kesedihan.
Senyum simpul
Senyuman ini memberi emosi yang berbeza-beza. Senyuman tanpa memperlihatkan gigi memberi gambaran anda berfikir tentang sesuatu yang tersirat.
Senyum sambil memalingkan wajah
Tersenyum sambil melihat ke bawah menunjukkan seseorang itu bersifat pemalu dan kurang keyakinan diri terutamanya apabila tersenyum seseorang itu menutup mulut dengan tangannya. Kadang-kadang senyuman ini sengaja dilakukan untuk memikat seseorang.
Senyum separuh
Hanya sebahagian bibir sahaja yang terangkat. Senyuman ini menunjukkan seseorang itu senyum kerana terpaksa.
Menyeringai
Ini menunjukkan senyuman rasa tidak puas hati dan memperlihatkan watak sebenar seseorang. Ia memberi gambaran perasaan tidak puas hati pada orang lain.