Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seo Dong Joo bakal berkahwin pada 2025

    Peguam dan personaliti televisyen Amerika, Seo Dong Joo akan melangsungkan perkahwinannya pada pertengahan 2025, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensinya, Onesta Company, kelmarin.

    Bagaimanapun, tarikh tepat majlis perkahwinan tersebut belum ditetapkan. Demi menghormati tunangnya yang bukan seorang selebriti, majlis perkahwinan itu akan diadakan secara tertutup.

    Pada bulan Julai, Seo Dong Joo muncul dalam rancangan TV Chosun ‘Now Alone’ dan berkongsi bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang empat tahun lebih muda daripadanya.

    Seo Dong Joo, yang merupakan anak kepada pelawak Seo Se Won dan pelakon Seo Jung Hee, dilahirkan pada tahun 1983.

    Memetik kenyataan Soompi, sebelum ini Dong Joo pernah berkahwin dengan seorang lelaki Korea-Amerika yang enam tahun lebih tua daripadanya pada tahun 2010.

    Selepas bercerai empat tahun kemudian, Seo Dong Joo melanjutkan pelajaran di Sekolah Undang-Undang Universiti San Francisco dan lulus peperiksaan peguam di Amerika Syarikat. – Agensi

    Seo Dong Joo akan mengadakan majlis tertutup bagi perkahwinannya tahun depan. – 2Saovn
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda