Pelakon Seo Kang Joon mendedahkan dia sering menjadi mangsa gangguan ketika menjalani latihan ketenteraan tiga tahun lalu.
Kang Joon, 31, mendakwa setiap kali mandi di bilik air awam dia kerap kali diintai oleh rakan-rakannya sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.
Lebih parah, mereka juga akan menyerbu bilik mandi beramai-ramai jika tahu dia sedang mandi seorang diri.
“Saya tak mahu mereka lihat apa yang mereka mahu lihat. Jadi saya pilih untuk membelakangi mereka,” katanya.
Kang Joon berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu dalam saluran YouTube Zzan Bro.
Pendedahan tersebut membuatkan pengacara mengusik Kang Joon mengenai khabar angin dia menyukai sesama jantina. Kang Joon bagaimanapun segera menyangkal dakwaan berkenaan. – Agensi
