Saturday, February 1, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seo Kang Joon kembali dengan watak baharu selepas jalani khidmat tentera

    Pelakon Seo Kang Joon tampil bersama majalah Cosmopolitan Korea untuk sesi fotografi dan temu bual eksklusif baru-baru ini.

    Selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraannya pada Mei 2023, Seo Kang Joon memilih drama Undercover High School (tajuk literal) sebagai projek terbaharunya.

    Drama aksi komedi itu mengisahkan seorang ejen Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS), Jung Hae Sung, yang menyamar sebagai pelajar sekolah menengah bagi menyiasat kehilangan emas milik Maharaja Gojong.

    Dalam temu bual bersama Cosmopolitan Korea, Seo Kang Joon berkongsi perjalanannya sepanjang setahun membuat persediaan untuk watak itu, kongsi Soompi.

    “Saya kembali daripada perkhidmatan ketenteraan dan selepas hampir tiga tahun tidak bekerja, saya mula berasa sedikit tidak sabar,” katanya.

    “Pada Julai lalu, saya mula menjalani penggambaran drama ini, dan ia benar-benar memberikan kegembiraan.

    “Pada hari pertama penggambaran, saya malah menghantar mesej kepada ketua pegawai eksekutif agensi saya. Walaupun cuaca sangat panas, saya berasa amat gembira,” jelasnya.

    Seo Kang Joon, yang kini memasuki tahun ke-13 dalam dunia lakonan, turut memikirkan pengalaman peribadinya melalui watak dalam drama itu. – Agensi

    Seo Kang Joon kembali ke layar kaca dengan watak baharu selepas tamat perkhidmatan tentera. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda