Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seo Min Jae diugut bekas kekasih

    Peserta program Heart Signal musim ketiga iaitu Seo Min Jae, menjadi mangsa ugutan bekas kekasihnya yang mahu menyebarkan foto peribadinya kepada umum.

    Memetik laporan mStar, Min Jae memberitahu dia tidak menyangka lelaki dikenali sebagai Nam Tae Hyun itu tergamak melakukan perkara tersebut kerana sebelum ini dia seorang yang penyayang.

    Jelasnya, Tae Hyun mahu menyebarkan foto tidak senonohnya dengan tujuan merosakkan reputasi dan nama keluarganya.

    “Dia hantar beberapa gambar peribadi saya yang sebelum ini dia janji nak padam. Sekarang dia mahu sebarkan pula kepada orang ramai.

    “Saya tak sangka orang yang pernah saya rapat sanggup melakukan perkara ini. Saya juga pernah menulis lagu yang ditujukan kepadanya,” katanya. Min Jae berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya.

    Dalam pada itu, dia juga percaya bekas teman lelakinya itu berdendam dengannya selepas mendedahkan tentang Tae Hyun seorang penagih dadah.

    Pada Ogos 2023, Min Jae dan Tae Hyun mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine. – Agensi

    Min Jae terkejut dengan perubahan bekas kekasihnya. – wowkeren.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda