Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seo Ye Ji kembali berlakon drama baharu selepas tiga tahun

    Menurut laporan SPOTV News pada 8 Mei, Seo Ye Ji kini sedang dalam perbincangan untuk membintangi drama Forest of Humans, sebuah drama baharu yang diadaptasi daripada webtoon seram popular.

    Meskipun ditarafkan untuk tontonan matang semasa disiarkan, webtoon tersebut menerima penilaian tinggi dan berjaya membina kumpulan peminat yang setia.

    Menurut Allkpop, filem ini akan menjadi projek pertama Seo Ye Ji dalam tempoh hampir tiga tahun sejak drama Eve pada 2022.

    Selepas menandatangani kontrak eksklusif bersama Sublime pada Jun tahun lalu, beliau perlahan-lahan mula kembali aktif, termasuk kemunculannya baru-baru ini di SNL Korea.

    Dengan kepulangan yang dinanti-nantikan ini, tumpuan kini terarah kepada daya tarikan yang bakal dibawa Seo Ye Ji dalam peranan baharunya.

    Sementara itu, Forest of Humans sedang dalam perbincangan untuk ditayangkan menerusi platform OTT.

    Memandangkan ini merupakan kemunculan semula Seo Ye Ji dalam dunia drama selepas tiga tahun, warga siber Korea menunjukkan minat yang tinggi terhadap berita ini.

    Warga siber berkumpul di pelbagai komuniti dalam talian untuk berkongsi pandangan mereka, dengan ramai memperkatakan tentang kepulangan pelakon itu. – Agensi

    Pelakon Seo Ye Ji bakal kembali ke layar kaca sebagai teraju utama dalam drama baharu ‘Forest of Humans’. – Allkpop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda