Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Seol In Ah sertai agensi baharu

    Pelakon Korea, Seol In Ah akhirnya memilih untuk meneruskan kerjaya dengan agensi baharu iaitu GOLDMEDALIST Entertainment.

    Berita itu diumumkan oleh wakil agensi berkenaan dalam satu kenyataan rasmi kepada media.

    “Seol In Ah ialah seorang pelakon yang memiliki pelbagai karakter dengan visual yang menawan dan kemahiran lakonan yang mantap. Kami akan melakukan yang terbaik sebagai agensinya.

    “Kami juga akan sentias membantu dan memberikan sokongan kepadanya agar dia boleh mempamerkan sisi yang belum pernah dilihat sebelum ini sebagai seorang pelakon.

    “In Ah juga mempunyai potensi luar biasa sebagai seorang pelakon kerana dia telah menunjukkan lakonan uniknya, jadi kami berharap awda semua dapat terus menyokongnya meneruskan kerjayanya bersama dengan GOLDMEDALIST,” jelasnya.

    In Ah memulakan kerjayanya pada tahun 2015 dan antara lakonannya hitnya adalah dalam School 2017, Beautiful Love, Wonderful Life, Mr Queen dan Business Proposal.

    Antara artis hebat yang berada di bawah naungan GOLDMEDALIST Entertainment adalah Kim Soo Hyun, Seo Ye Ji, Kim Sae Ron dan Choi Hyun Wook. – Agensi

    Seol In Ah akhirnya memilih untuk meneruskan kerjaya dengan agensi baharu iaitu GOLDMEDALIST Entertainment. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...