SIKAP murah hati dan dermawan jelas terpancar dalam diri salah seorang ahli kumpulan AOA, Seolhyun yang telah mendermakan sebanyak AS$46,000 ke Seoul National School untuk orang pekak.
Seolhyun memberi sumbangan tersebut untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah pendengaran dan memberi harapan untuk mereka sepanjang musim cuti ini.
Baru-baru ini, Seolhyun ada bertemu dengan beberapa orang pelajar yang terlibat dalam projek muzik di sekolah tempatan di mana mereka mencipta muzik mengunakan bahasa isyarat.
Selain itu, ahli kumpulan AOA juga ada memberi sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Pohang.
