Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seon Ho bantu kanak-kanak leukemia

    Selepas namanya mula meniti kemuncak populariti, aktor Kim Seon Ho menggunakan pengaruhnya itu dengan menyebarkan kebaikan.

    Seon Ho baru-baru ini dilaporkan menyumbang sejumlah wang tunai sebanyak 100 juta won kepada sebuah badan kebajikan iaitu Pertubuhan Kanak-kanak Leukemia Korea.

    Pelakon berusia 35 tahun itu dikatakan sentiasa menyimpan impian untuk membantu kanak-kanak bernasib malang walaupun merasakan sumbangannya adalah tidak seberapa.

    Nama Seon Ho kini menjadi perhatian peminat K-drama seluruh dunia selepas dia membintangi drama hit, Start Up tahun lalu.

    Walaupun dia kini semakin dikenali, Seon Ho dikatakan sangat merendah diri dan sentiasa berterima kasih kepada rakan pelakon lain yang membantu menaikkan namanya.

    “Saya berjaya meraih populariti disebabkan rakan-rakan pelakon utama dalam Start Up merupakan selebriti yang sememangnya sudah sedia popular. Saya harus berterima kasih kepada mereka,” katanya.

    Start Up yang ditayangkan di Netflix turut dibintangi Bae Suzy, Nam Joo Hyuk, Kang Han Na dan Stephanie Lee. – Agensi

    Seon Ho dilaporkan menyumbang 100 juta won kepada Pertubuhan Kanak-kanak Leukemia Korea. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda