Seon Ho ungguli Anugerah Artis Asia

Laman Twitter dipenuhi dengan ucapan tahniah kepada pelakon sensasi Kim Seon Ho yang berjaya menerima sebanyak 1,787,000 undian mengungguli dua kategori di Anugerah Artis Asia 2021.

Walaupun pemenang akan diumumkan secara rasmi semasa majlis berprestij yang dijadualkan pada 2 Disember di Dewan Arena KBS, peminat bintang ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ (dipanggil Seonhohada) tidak sabar mengucapkan tahniah atas prestasi baharu itu.

Dua kategori itu iaitu Anugerah Populariti Live U+IDOL dan Anugerah Populariti AAA RET, kedua-duanya adalah 100 peratus kategori undian peminat.

Sementara itu Jinyoung GOT7 menduduki tempat kedua dengan 1,430,856 dan tempat ketiga diduduki oleh Doyoung NCT dengan 194,749 undian.

Peminat meraikan kejayaan pelakon Hometown Cha-Cha-Cha itu dengan hashtag #KimSeonHoMostPopularActor.

Tempoh pengundian bermula pada 22 Oktober dan berakhir pada 15 November lalu.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Kim Seon Ho memenangi undian peminat. – Agensi

Pelakon sensasi KimSeon Ho berjaya mene-rima sebanyak 1,787,000 undian mengungguli dua kategori di Anugerah Artis Asia 2021. – Agensi