Tuesday, March 4, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang hilang, ratusan dipindahkan akibat banjir di Bogor

    JAKARTA, 3 MAC – Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah, mengakibatkan banjir besar di beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat.

    Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Barat melaporkan ratusan rumah ditenggelami air, manakala seorang penduduk masih hilang.

    Antara kawasan terjejas ialah Rumpin, Bojong Gede, dan Cisarua. Di Kampung Sukasari, Rumpin, sebuah rumah dan sebuah sekolah turut dinaiki air.

    Di Kampung Rawapanjang, 137 rumah terjejas menyebabkan 547 penduduk terpaksa dipindahkan.

    Sementara itu, di Kampung Tugu Selatan, 119 rumah ditenggelami air dan memaksa 423 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

    Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata, seorang lelaki dikenali sebagai Asep Mulyana, 59, dihanyutkan arus selepas Sungai Cisaru melimpah.

    Usaha mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini dengan pasukan BPBD, pihak berkuasa tempatan serta sukarelawan dikerah ke lokasi kejadian. – Bernama

    Ratusan rumah ditenggelami air setelah hujan lebat yang mengakibatkan banjir besar di beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, Indonesia. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda