Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang lagi pesakit COVID-19 kembali ke rahmatullah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Satu lagi kes yang disahkan positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah kembali ke rahmatullah, pada hari ini.

    Kes tersebut ialah seorang lelaki berumur 88 tahun yang merupakan Kes 7068, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar memaklumkan semasa sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan, punca kematian bagi kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

    “Di kesempatan ini, saya mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga kes berkenaan.

    “Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” ujar beliau.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media harian di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda