Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang lagi positif COVID-19 meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Seorang pesakit wanita berusia 74 tahun dan disahkan positif COVID-19, telah meninggal dunia.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkongsi berita duka itu pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    “Beliau telah mengalami beberapa masalah kesihatan dan tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan oleh COVID-19,” jelas Yang Berhormat Dato. Sehubungan itu, Negara Brunei Darussalam kekal mencatatkan seramai 55 kes yang telah meninggal dunia disebabkan oleh COVID-19.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga kes berkenaan.

    “Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para salehin. Al-Fatihah.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda