Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang lelaki terkorban di Maghribi

    RABAT, 3 Nov – Seorang lelaki ditembak mati dan dua yang lain cedera di tengah kawasan tumpuan pelancong di Marrakesh, menurut sumber di Maghribi.

    Dua orang penyerang memakai topeng menembak mangsa yang berada di dalam kafe, destinasi popular bagi warga asing. Lelaki yang ditembak di bahagian kepala mati ditempat kejadian dan penyerang juga menyebabkan dua yang lain cedera sebelum melarikan diri menggunakan motor, menurut penguasa setempat.

    Siasatan awal menunjukkan mangsa yang terkorban merupakan sasaran utama penyerang. Ketua kerajaan Maghribi mengumumkan melalui Twitter bahawa dua orang sudah ditahan.

    Serangan tembakan yang membawa maut jarang berlaku di Maghribi kerana penggunaan senjata sangat terhad.

    Sebelum ini, negara tersebut menjadi mangsa serangan pengganas yang telah mengorbankan seramai 45 orang di Casablanca pada 2003 dan 17 terkorban di Marakesh pada 2011. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda