Sunday, July 13, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut, 10 cedera akibat nahas belon udara panas

    SAO PAULO, 16 JUN – Seorang wanita maut manakala 10 individu cedera selepas belon udara panas tanpa lesen yang membawa pelancong terhempas kelmarin di negeri Sao Paulo, tenggara Brazil, lapor Xinhua memetik kenyataan polis tentera.

    Belon udara panas itu membawa seramai 35 orang ketika ia terhempas di kawasan luar bandar Capela do Alto, sebuah bandar berhampiran Ipero, tempat ia berlepas.

    Mangsa yang maut berusia 26 tahun.

    Saluran berita Brazil, GloboNews melaporkan bahawa belon itu tidak memiliki lesen untuk penerbangan rekreasi atau pelancongan dan juruterbangnya telah ditahan selepas kejadian.

    Konfederasi Belon Brazil yang berpusat di bandar Boituva turut memaklumkan bahawa belon udara panas berkenaan tidak berdaftar dengan organisasi itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda