Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut, 15 cedera dalam kemalangan bas

    SEOUL, 22 DIS – Seorang maut manakala 15 yang lain cedera selepas sebuah bas merempuh orang ramai di sebuah stesen bas di Korea Selatan hari ini, menurut laporan media tempatan.

    Kemalangan itu berlaku sekitar 1: 27 petang waktu tempatan di perhentian pemindahan bas stesen di Suwon, kira-kira 30 km di selatan Seoul.

    Satu orang terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah dan dibawa ke hospital.

    Sekurang-kurangnya 12 orang mengalami kecederaan ringan.

    Polis dan pihak berkuasa bomba akan menyiasat punca sebenar kemalangan itu. – Xinhua

    Gambar hiasan Freepik.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda