Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut, 3 cedera pangsapuri terbakar

    SYDNEY, 20 FEB – Seorang maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran di sebuah pangsapuri di Sydney, Australia pada Isnin, lapor Xinhua.

    Menurut pasukan Bomba dan Penyelamat New South Wales (FRNSW) kejadian berlaku di Young Street di Croydon, barat Sydney, kira-kira 5:45 pagi waktu tempatan.

    Sebanyak 12 buah jentera dan lebih 40 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.
    Kebakaran dipercayai bermula di tingkat bawah sebelum merebak ke tingkat atas.

    Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda