Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut, 500,000 terjejas banjir di India

    NEW DELHI, 23 JUN – Seorang terbunuh dan hampir setengah juta orang masih terjejas akibat banjir yang berterusan di negeri Assam di timur laut India, kata pegawai kelmarin, lapor Xinhua.

    Banjir terus menjejaskan 22 daerah di negeri tersebut susulan hujan yang tidak berhenti sejak beberapa hari lepas menyebabkan sungai melimpah yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh.

    Hujan lebat membanjiri kampung, pekan dan tanah pertanian, memaksa orang ramai berlindung di pusat perlindungan atau tinggal bersama saudara-mara.

    Pegawai berkata kematian dilaporkan di kawasan Tamulpur di daerah Baksa, kira-kira 81 km ke utara Dispur, ibu kota Assam. – Bernama

    Warga India mengharungi jalan yang dinaiki air di kampung Ghograpar di daerah Nalbari, di negeri Assam, India, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda