MANILA, 14 FEB – Sebuah balkoni gereja runtuh, mengorbankan seorang warga emas wanita dan mencederakan 53 yang lain semasa perhimpunan Ash Wednesday yang penuh sesak di Filipina hari ini, apabila berjuta-juta rakyat Filipina berpusu-pusu ke tempat tersebut, kata pegawai bencana tempatan.
Salah satu tarikh paling sibuk dalam kalendar gereja, di mana hari itu menandakan permulaan puasa di balai Katolik Asia.
Seorang wanita berusia 80 tahun meninggal dunia akibat kecederaan dadanya di hospital tempatan, kata ketua pertahanan awam San Jose del Monte, dekat Manila, Gina Ayson, memberitahu AFP.
Galeri kayu gereja Saint Peter the Apostle yang berusia 30 tahun telah reput oleh anai-anai, katanya.
Justeru itu, ia runtuh disebabkan oleh berat tambahan yang tidak dapat ditampung dan mengakibatkan pengunjung gereja jatuh ke lorong di tingkat bawah, kata Ayson.

“Pegawai bangunan bandar mendapati sebahagian daripada struktur yang runtuh itu diserang anai-anai,” katanya kepada AFP.
“Ia kelihatan baik dari luar. Kami tidak tahu ia sedang dimakan dari dalam.”
Mangsa lain, yang juga kebanyakannya warga emas, mengalami lebam dan lain-lain kecederaan, katanya sambil menambah kira-kira 400 orang sedang menghadiri perhimpunan pada masa itu.
Datuk Bandar, Arthur Robes, telah mengarahkan gereja yang rosak itu ditutup apabila penyiasat memeriksa keselamatan struktur bangunan itu, menurut Ayson.
Gambar yang disiarkan oleh Robes di laman Facebooknya menunjukkan sebahagian daripada balkoni kayu tergantung kurang dari satu meter dari tingkat bawah, yang dipenuhi dengan bangku gereja, kerusi plastik pecah dan serpihan. – AFP

