HOUSTON, 29 DIS – Sekurang-kurangnya seorang maut dan enam lagi cedera selepas beberapa puting beliung dan ribut melanda kawasan metropolitan Greater Houston di negeri Texas, Amerika Syarikat pada petang kelmarin, lapor Xinhua.
Di Brazoria County, kira-kira 72.4 kilometer (km) selatan Houston, Pejabat Syerif mengesahkan satu kematian dan empat cedera.
Di Montgomery County, di utara Houston dua lagi mangsa dimasukkan ke hospital akibat kecederaan, kata Timbalan Ketua Staf, Jason Smith kepada CBS News.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan kritikal. – Bernama