Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut, 60 cedera akibat struktur roboh

    SAO PAULO, 3 NOV – Seorang maut dan 60 yang lain cedera pada awal pagi kelmarin apabila angin kencang dan hujan lebat merobohkan struktur logam di sebuah majlis universiti di negeri Sao Paulo, tenggara Brazil, menurut Agensi Pertahanan Awam.

    Majlis sambutan untuk pelajar perubatan di perbandaran Regente Feijo itu berakhir dengan tragedi apabila tiupan angin kencang sehingga 95 kilometer sejam merobohkan struktur berkenaan.

    Pasukan penyelamat daripada jabatan bomba, polis tentera serta anggota Pertahanan Awam dari bandar itu dan kawasan berdekatan Presidente Prudente dikerahkan ke lokasi kejadian.

    Laporan terbaharu Pertahanan Awam mengenal pasti mangsa yang maut sebagai ahli perniagaan Marcelo Giglio de Souza, 47, penduduk dari bandar bersebelahan, Pirapozinho. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda