Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut, 7 hilang setelah 2 helikopter tentera Jepun terhempas

    TOKYO, 21 APRIL – Seorang maut dan tujuh lagi hilang selepas dua helikopter tentera terhempas di Jepun, lapor Sputnik.

    Agensi Berita Kyodo melaporkan pada Ahad, memetik Menteri Pertahanan Jepun Minoru Kihara yang berkata bahawa nahas itu mungkin disebabkan pelanggaran antara  kedua-dua helikopter  SH-60K, yang setiap satunya membawa empat kru semasa latihan antikapal selam pada waktu malam di kawasan Pulau Tori-shima di Lautan Pasifik.

    Tentera telah menemukan apa yang dipercayai serpihan helikopter itu semasa pencarian pasca nahas, sambil menambah punca kemalangan masih tidak diketahui. 

    Terdahulu, Kementerian Pertahanan Jepun berkata helikopter SH-60K itu berhenti berhubung ketika berada dalam kawasan Pulau Tori-shima berhampiran Pulau Izu dan seminit kemudian helikopter itu menghantar isyarat kecemasan.

    Kira-kira setengah jam kemudian, sebuah lagi helikopter sama berhenti berhubung semasa berada di kawasan berkenaan, kata kementerian itu. – Bernama

    Gambar tidak bertarikh ini dikeluarkan oleh dan diambil dari laman web rasmi Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun, menunjukkan sebuah helikopter SH-60K. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda