Sunday, June 30, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Seorang maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi

    NEW DELHI, 28 JUN – Sekurang-kurangnya seorang maut dan beberapa lagi cedera apabila sebahagian bumbung runtuh di lapangan terbang New Delhi pada hari ini, polis tempatan mengesahkan kepada Xinhua melalui telefon.

    Insiden itu berlaku di Terminal-1 lapangan terbang ketika hujan lebat, dengan air bocor dari pelbagai tempat di bumbung.

    Rakaman video selepas kejadian menunjukkan tiang besi berat terletak pada sekurang-kurangnya tiga kereta dengan orang terperangkap di dalamnya. Mereka yang terperangkap dibawa keluar selepas berusaha keras, dan kemudian dimasukkan ke hospital tempatan.

    Susulan kejadian di tengah hujan lebat, semua operasi di lapangan terbang itu digantung buat sementara waktu sehingga jam 14:00 (waktu tempatan), menurut pegawai kanan lapangan terbang. Lapangan terbang itu dikendalikan dan diuruskan oleh firma swasta.

    Mengikut butiran terkini, sekurang-kurangnya 16 penerbangan berlepas dan 12 penerbangan ketibaan telah dibatalkan di lapangan terbang Delhi selepas kejadian itu. – Xinhua

    Seorang kru memeriksa kerosakan pada bahagian kanopi terminal berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi yang runtuh dalam hujan lebat sebelum monsun di New Delhi, India, pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...