Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut dalam kemalangan jalan raya

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Lebuhraya Seria, pada pagi Sabtu.

    Kejadian berkenaan turut melibatkan seorang pemandu warganegara Malaysia berusia 33 tahun, yang mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan.

    Menurut kenyataan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

    PPDB dalam pada itu mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi had laju yang ditetapkan dan menjaga jarak selamat antara kenderaan serta memberi tumpuan sepenuhnya, khususnya sebelum memasuki simpang atau menukar lorong.

    PPDB turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menegaskan komitmen mereka dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya di seluruh negara terus menjadi keutamaan.

    Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh raya Seria yang meragut nyawa seorang lelaki tempatan. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda