ATHENS, 25 OGOS – Seorang remaja lelaki warga Afghanistan yang berusia 15 tahun menikam mati rakan senegerinya dan mencederakan dua yang lain di kem penghijrah Moria di pulau Lesbos, kata agensi berita ANA hari ini.
Insiden itu berlaku lewat kelmarin dalam unit bagi budak-budak yatim apabila lelaki itu menyerang sekumpulan remaja Afghanistan lain menggunakan pisau. Punca pergaduhan itu belum diketahui. Kira-kira 600 budak pada masa ini tinggal di dalam kem, yang direka untuk menempatkan kira-kira 160 orang, kata ANA. Setakat ini, ribuan penghijrah dan pelarian menghabiskan masa berbulan-bulan di Moria. – AP