TOKYO, 6 MAC – Satu letupan berlaku di sebuah kilang alat ganti kenderaan di Jepun hari ini, mengorbankan seorang dan mencederakan dua yang lain, menurut kenyataan syarikat.
Pengumpul habuk di kilang yang dikendalikan oleh Chuo Spring Co. meletup, menyebabkan sebahagian bangunan musnah, menurut kenyataan syarikat itu.
Kejadian tersebut mengorbankan seorang pekerja dan mencederakan dua yang lain, dengan punca kejadian masih dalam siasatan, katanya.
Api akibat letupan itu telah berjaya dipadamkan, tambah kenyataan itu.
Kilang tersebut terletak di bandar Toyota, tengah Jepun. “Kami akan menyambung operasi sebaik sahaja keselamatan dipastikan dan siasatan selesai,” menurut kenyataan syarikat itu. – AFP
