Saturday, March 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut, dua hilang dalam kejadian jambatan runtuh

    ECUADOR, 21 MAC – Seorang terbunuh dan dua lagi hilang selepas jambatan gantung sepanjang 200 meter di Ecuador runtuh, menyebabkan beberapa kenderaan terjatuh ke dalam sungai, kata pihak berkuasa tempatan kelmarin.

    Empat trak, sebuah kereta dan dua motosikal terjatuh ke dalam sungai Magro kira-kira 50 kilometer di utara pelabuhan Guayaquil manakala lima orang cedera apabila jejambat itu runtuh Rabu lalu, kata Kementerian Pengurusan Risiko.

    Di satu hujung jambatan, sebuah trak yang membawa muatan jagung terbalik dibahu jambatan tersebut.

    Jambatan itu menghubungkan wilayah Guayas, tempat terletaknya Guayaquil, dengan wilayah lain di utara.

    Gabenor Guayas, Marcela Aguinaga berkata beliau tidak menerima laporan mengenai kerosakan.

    “Daripada apa yang kita simpulkan ketika ini, jambatan itu mempunyai muatan berlebihan,” tambahnya di rangkaian sosial X.

    Jambatan runtuh biasa berlaku apabila tiba musim hujan di negara Andes.

    Kira-kira 20 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh telah merosakkan 45 jambatan, menurut catatan Kementerian Pengurusan Risiko. – AFP

    Gambar menunjukkan anggota penyelamat sedang mencari mangsa yang hilang selepas jambatan gantung runtuh di Duale, wilayah Guayas, Ecuador pada 20 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda