TOKYO, 24 OKT – Serangan beruang berasingan di Jepun hari ini mengakibatkan seorang maut manakala empat lagi cedera, menurut pihak berkuasa, berikutan catatan rekod tertinggi serangan maut haiwan itu mendorong kerajaan menambah langkah kawalan.
Di sebuah kampung bergunung di wilayah utara Akita, polis menerima laporan mengenai serangan beruang hari ini yang melibatkan empat individu.
Penyiar awam NHK dan media tempatan melaporkan dua daripada mangsa cedera ketika melakukan kerja pertanian, manakala dua lagi cedera sewaktu cuba menolong. Seorang pemburu tempatan dilaporkan membunuh seekor beruang berhampiran lokasi dan polis sedang menyiasat sama ada ia adalah beruang yang menyerang mangsa berkenaan. – AFP


